Kementerian Pelajaran mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
Peperiksaan UPSR dan PMR sudah lama dilaksanakan dan menunjukkan kegunaannya. Antaranya keputusan peperiksaan UPSR digunakan bagi memilih murid yang layak meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh. Sebelum itu, peperiksaan ini digunakan untuk memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah rendah. Begitu juga dengan peperiksaan PMR digunakan bagi memilih murid ke sekolah berasrama penuh dan penempatan ke aliran persekolahan tertentu pada peringkat menengah atas, iaitu aliran sastera, sains, teknikal, vokasional dan agama. Peperiksaan ini pernah digunakan memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah atas. Murid yang gagal atau tidak mencapai tahap kelayakan, mereka akan menduduki semula peperiksaan berkenaan. Bagaimanapun, kini murid meneruskan pengajian secara automatik ke Tingkatan 4 dan 5 walaupun pencapaian mereka dalam peperiksaan PMR tidak memuaskan. Atas sebab itu, kewajaran peperiksaan PMR diadakan.
Mengenai isu kelonggaran pendidikan, pada pendapat saya sebagai salah seorang pelajar yang sudah mengharungi kedua-dua peperiksaan awam ini, adalah memang tidak sepatutnya kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan. Bayangkan selama 11 tahun tanpa peperiksaan besar, rasa-rasanya, apakah yang akan dilakukan oleh para pelajar?Kedua-dua peperiksaan ini yang boleh dan dapat menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka dan dapat memberi fokus kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh didalam pembelajaran.
Ada segelintir pelajar yang hanya bermain-main semasa megambil peperiksaan UPSR namun apabila mereka mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, timbul dihati mereka untuk melakukan lebih baik pada peperiksaan PMR dan begitu juga bagi sesiapa yang tidak mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan PMR. Tidakkah kerajaan merasakan peperiksaan UPSR dan PMR dapat memberi peluang kepada pelajar itu sendiri betapa pentingnya peperiksaan itu sendiri.
Pada pendapat saya, penghapusan UPSR dan PMR akan menyebabkan para pelajar tidak berpengalaman dalam peperiksaan besar. Peperiksaan kecil seperti peperiksaan akhir tahun dan pertengahan tahun tidak mencukupi untuk membawa pelajar ke alam peperiksaan sebenar. peperiksaan besar akan membawa suasana yang berbeza berbanding peperiksaan kecil yang dilaksanakan satu atau dua kali setahun.
Arkhir kata, saya tidak bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sekiranya kerajaan masih mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini, saya berharap kerajaan dapat memberikan sebab-sebab yang solid dan tidak dapat dipersoalkan.

No comments:
Post a Comment