*~Reflect the past, Live the present, Hope for future~*

Song of her soul

Friday, August 27, 2010

Penghapusan UPSR dan PMR, Wajarkah?

Kementerian Pelajaran mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

Peperiksaan UPSR dan PMR sudah lama dilaksanakan dan menunjukkan kegunaannya. Antaranya keputusan peperiksaan UPSR digunakan bagi memilih murid yang layak meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh. Sebelum itu, peperiksaan ini digunakan untuk memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah rendah. Begitu juga dengan peperiksaan PMR digunakan bagi memilih murid ke sekolah berasrama penuh dan penempatan ke aliran persekolahan tertentu pada peringkat menengah atas, iaitu aliran sastera, sains, teknikal, vokasional dan agama. Peperiksaan ini pernah digunakan memilih murid yang layak meneruskan pengajian pada peringkat menengah atas. Murid yang gagal atau tidak mencapai tahap kelayakan, mereka akan menduduki semula peperiksaan berkenaan. Bagaimanapun, kini murid meneruskan pengajian secara automatik ke Tingkatan 4 dan 5 walaupun pencapaian mereka dalam peperiksaan PMR tidak memuaskan. Atas sebab itu, kewajaran peperiksaan PMR diadakan.

Mengenai isu kelonggaran pendidikan, pada pendapat saya sebagai salah seorang pelajar yang sudah mengharungi kedua-dua peperiksaan awam ini, adalah memang tidak sepatutnya kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan. Bayangkan selama 11 tahun tanpa peperiksaan besar, rasa-rasanya, apakah yang akan dilakukan oleh para pelajar?Kedua-dua peperiksaan ini yang boleh dan dapat menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka dan dapat memberi fokus kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh didalam pembelajaran.

Ada segelintir pelajar yang hanya bermain-main semasa megambil peperiksaan UPSR namun apabila mereka mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan, timbul dihati mereka untuk melakukan lebih baik pada peperiksaan PMR dan begitu juga bagi sesiapa yang tidak mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan PMR. Tidakkah kerajaan merasakan peperiksaan UPSR dan PMR dapat memberi peluang kepada pelajar itu sendiri betapa pentingnya peperiksaan itu sendiri.

Pada pendapat saya, penghapusan UPSR dan PMR akan menyebabkan para pelajar tidak berpengalaman dalam peperiksaan besar. Peperiksaan kecil seperti peperiksaan akhir tahun dan pertengahan tahun tidak mencukupi untuk membawa pelajar ke alam peperiksaan sebenar. peperiksaan besar akan membawa suasana yang berbeza berbanding peperiksaan kecil yang dilaksanakan satu atau dua kali setahun.

Arkhir kata, saya tidak bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sekiranya kerajaan masih mahu memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini, saya berharap kerajaan dapat memberikan sebab-sebab yang solid dan tidak dapat dipersoalkan.

Sunday, August 15, 2010

Tugasan TM (1)

Soalan 11
Nyatakan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada perisian persembahan elektronik dan jelaskan bagaimana is dapat membantu seseorang guru dalam proses P&P.


Masa berubah, teknologi turut berubah mengikut rentak kemajuan manusia. Pada abad kedua puluh kemajuan dan kepesatan bukan sahaja mendedahkan kita pada permulaan era maklumat, tetapi berterusan untuk membawakan kita perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat. Tidak boleh dinafikan kadar perubahan yang pesat ini semakin meningkat. Apabila kita bermula langkah pada abad ke-21, celik komputer akan pasti menjadi prasyarat dalam apa sahaja pekerjaan yang dipilih oleh pelajar.

Menurut Haji Zainal Abidin (1983), hasil dapatan daripada beberapa penyelidikan telah mengesahkan bahawa saluran penerimaan maklumat 3 paling berkesan ialah melalui pancaindera berikut:
(i). Penglihatan 83%
(ii). Pendengaran 11%
(iii). Bau 3.5%
(iv). Sentuhan 1.5%
(v). Rasa 1.0%
Daripada maklumat di atas, jelas menunjukkan bahawa kombinasi satu pancaindera dengan pancaindera yang lain akan menghasilkan kadar ingatan yang lebih tinggi berbanding dengan penglibatan dari satu sahaja pancaindera.
Jadi, jelas sekali kelihatan bahawa komputer berperanan menjadi satu peralatan di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi persembahan yang menarik dan menakjudkan di dalam bilik darjah. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan,, merupakan hasrat negara yang merni dan seharusnya diberi sokongan oleh semua pihak yang terlibat dalam alam pendidikan negara ini, agar menggembleng tenaga dan fikiran dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut.
Berikut adalah contoh perisian persembahan elektronik yang dapat membantu cikgu dalam P&P.
Konsep penggunaan dan h g s i Macromedia Flash MX 2004 adalah seperti
berikut: [2]
a. Pelbagai jenis media seperti teks, gambar, imej, bunyian dan video boleh diletakkan di atas layarnya (scene) dan juga lapisannya (layer).
b. Kesemua elemen-elemen yang disebutkan di atas boleh diletakkan dalam satu helaian tanpa menganggu struktur masing-masing.
c. Kemudian, kesemua elernen-lemen ini dapat dan rnarnpu dikompilasikan sehingga ia menjadi sebuah bentuk persembahan yang bergerak atau gerakan Flash (Flash movie).
d. Namun untuk menjadikan kesemua elemen ini menjalin struktur antara satu sama lain, suatu bentuk arahan perlu diberikan kepada setiap mereka. Arahan ini dipanggil skrip arahan (action script).
e. Selain skrip arahan (action script), setiap elemen perlu distrukturkan dengan tepat seperti butang (button), grafik clan klip gerakan (movie clip), kerana hanya dengan itu barulah skrip arahan (action script) dapat menggabungkan elemen clan berfungsi dengan baik.
f. Akhir sekhli, seluruh susunan struktur akan dieksport menjadi gerakan Flash (Flash movie). Persembahan boleh menjadi suatu bentuk gambar bergerak (motion pictures) atau persembahan statik-bergerak (staticmoving presentation), bergantung kepada cara dan keinginan pereka dan pembangun persembahan.

Secara arnnya, pembelajaran elektronik boleh dilihat dengan penggunaan internet sebagai media komunikasi antara pensyarah dan pelajar, di samping penghantaran dan mendapat kandungan kuliah menerusi laman web serta pengurusan seperti pendaftaran yang dilakukan secara talian. Kesesuaian pelaksanaan pembelajaran elektronik perlu dilihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pengajian sebelum diputuskan pelaksanaannya secara menyeluruh.
Antara manfaat pembelajaran elektronik ialah mengurangkan masa dan kos untuk pergi ke tempat latihan atau kelas dan pembelajaran dapat dicapai antara parapelajar dengan pensyarah mereka pada bila-bila masa dari mana-mana tempat, selain pelajar boleh mendapat kandungan kursus dengan rentak dan corak pernbelajaran tersendiri. Selain daripada itu, pengemaskinian surnber dan kandungan adalah mudah kerana kesemuanya mampu dishpan dalam sebuah pelayan (server). Maklurnat yang disediakan adalah lebih bersistematik, selain kandungan dan surnber yang sama dapat diberikan kepada para pelajar secara konsisten.
Kaedah menerusi pembelajaran elektronik juga dapat memupuk dan meluaskan capaian pelajar pada teknologi baru serta mendedahkan mereka dengan teknik pembelajaran secara berkurnpulan. Pembelajaran elektronik juga membolehkan kelas diulang dengan mudah berbanding kaedah konvensional yang hanya boleh diadakan secara terhad kerana kekurangan masa dan tenaga pengajar yang terhad. Selain itu, kaedah pembelajaran elektronik memberi kebaikan dan kemudahan dari segi penjadualan yang fleksibel .manakala kerja kursus boleh disiapkan tanpa dibatasi oleh masa dan tempat.
Bagaimanapun, kaedah penyampaian perlu dirancang dengan baik dan teliti supaya konstruksi asas dalam pembelajaran tidak dilupakan dan penggunaan ciri multimedia seperti audio, animasi, grafik dan simulasi digunakan secara bijak untuk meningkatkan minat Kejayaan kaedah ini perlu mengambil kira faktor lain terrnasuk sokongan daripada pihak pengurusan untuk melaksanakan pembelajaran elektronik, latihan yang sesuai, kualiti kaedah pengajaran dan pembelajaran dari segi sistem komunikasi dan sokongan seperti keberkesanan dan kebolehan pelayan dan rangkaian, kualiti bahan pengajaran dalam web serta sokongan teknikal dan sokongan peralatan.
Sebagairnana yang kita sedia maklum, penerimaan pengajaran dan pembelajaran barn selalunya akan membabitkan penambahan sumber, usaha dan perbelanjaan serta memerlukan sokongan daripada semua pihak. Jika tidak, kesan daripada inovasi itu kurang dan berkemungkinan besar mengalami kegagalan, sesuatu yang kita tidak mahu ianya terjadi dalam usaha memartabatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini.
Kesimpulannya, teknologi multimedia merupakan salah satu perkembangan terbaru dalam teknologi maklumat. Di mana-mana sahaja orang membincangkan mengenai multimedia; di sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta, di pusat membeli belah, pusat hiburan dan sebagainya. Pendek kata, multimedia telah menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan dewasa ini dan di Malaysia ianya menjadi semakin ketara apabila idea mengenai Koridor Raya Multimedia (MSC) serta Sekolah Bestari mula menjadi kenyataan. Wawasan 2020 tidak akan dicapai jika juzuk tersebut tidak dititikberatkan.

Tick Tock

*~His Precious One~*

*~His Precious One~*

About Her

My photo
A typical chinese girl and she belongs to God.

*~Her Motto~*

*~Her Motto~*
Powered by Blogger.

Followers

*~Shout Out Loud~*


ShoutMix chat widget